BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 17 Januari 2012

Motosikal berkuasa tinggi Honda CBR250R mulai di pasaran Malaysia pada Mac ini by MEDIA on FEBRUARY 21, 2011 Motosikal berkuasa tinggi yang hebat diperkatakan kini, Honda CBR250R bakal di pasaran Malaysia mulai Mac ini apabila pelancarannya disempurnakan oleh Pengarah Boon Siew Honda, Shoichi Harada pada Majlis Pelancaran dan Pandu Uji jentera tersebut di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Honda CBR250R dijana dengan enjin CS250RE, sistem penyejukan cecair 4 lejang DOHC dan 1 silinder. Rekaan barunya tampil lebih aerodinamik dengan lampu hadapan dan belakang terbaru. Ianya juga hadir dengan panel meter digital yang lebih futuristik. CBR250R turut dikenali sebagai MC41 itu menawarkan keselesaan, kelajuan serta pada harga mampu milik. Penggunaan enjin menepati sistem piawaian emisi Euro 3, menggunakan sistem minyak teknologi Honda yang terkenal iaitu PGM-FI, serta sensor 02 dengan catalyzer di dalam ekzos. Versi Standard menampilkan 3 pilihan warna iaitu merah, kelabu dan hitam, manakala versi ABS hanya datang dengan pilihan warna meran dan kelabu serta 4Kg lebih berat dari Standard (165Kg). Menurut Boon Siew Honda, model ini merupakan model gantian CBR150R yang bakal dihentikan keluarannya di pasaran Malaysia, dan dijangka sebanyak 200 unit CBR250R bakal terjual tahun ini. Honda CBR250R memiliki kelasnya yang tersendiri dalam hati penunggang motosikal. Honda CBR250R hadir dalam dua versi iaitu CBR250R standard pada harga RM18,799 seunit dan CBR250R ABS pada harga RM21,799 seunit. Gambar penuh model motosikal Honda CBR250R selepas ini. Tagged as: Bakal, Berat, Boon Siew Honda, Catalyzer, Cbr150r, CBR250R, Dijana, Emisi, Euro 3, Hadir, Harada, Hebat, Honda Cbr250r, Honda Model, Mampu, Motosikal, Motosikal Honda, Mulai, Panel Meter, Pgm, Piawaian, Serta, Terkenal

0 ulasan: