BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 10 Februari 2012

Mekanik cipta motosikal mini daripada bahan terbuang KOTA BHARU - Bagi Rohazman Affendi Abdul Rahim, barangan terbuang seperti besi buruk, tin kosong dan botol plastik beserta enjin pemotong rumput boleh direka bentuk menjadi motosikal mini. Motosikal mini unik ciptaan Rohazman, 46, itu kini menarik perhatian sehingga ada yang sanggup menempah motosikal berkenaan yang berharga antara RM800 hingga RM1,000 sebuah. Mekanik motosikal dengan pengalaman lebih 15 tahun itu mendapat ilham mencipta motosikal mini berkenaan lima tahun lalu "bermodalkan" basikal rosak dan mesin rumput yang tidak boleh dibaiki. "Idea berkenaan tercetus selepas ada seorang penduduk datang membaiki mesin rumput yang rosak, bagaimanapun ia tidak dapat dibaiki kerana tiada alat ganti berikutan mesin berkenaan jenis yang lama dan dia memberinya kepada saya. "Selepas itu, saya teringatkan basikal milik anak yang rosak dan mengambilnya dari stor sebelum meletakkan kedua-dua barangan berkenaan sebelah-menyebelah dan berfikir apa yang boleh dibuat menggunakan bahan ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di bengkelnya di Binjai, Kubang Kerian di sini. Katanya selepas beberapa lama berfikir dia mendapat idea untuk membuat motosikal mini dan mula mengubah suai basikal anaknya itu secara perlahan-lahan selepas menyiapkan kerja di bengkel. "Saya mula membina 'tapak' pada basikal itu untuk diletakkan enjin mesin rumput berkenaan dan daripada itu mula diubah suai sedikit demi sedikit hingga akhirnya ia berjaya disiapkan selepas kira-kira sebulan mencuba," katanya. Berikutan kejayaannya membina motosikal mini itu, ada penduduk yang membuat tempahan daripada beliau untuk merasai sendiri kelainan menunggang kenderaan dua roda yang dibuat khas, katanya. "Malah mereka sendiri ada yang turut menyediakan bahan berkaitan seperti basikal dan enjin mesin rumput," katanya. Rohazman berkata beliau memerlukan masa dua minggu untuk menyediakan motosikal mini itu jika menerima tempahan pelanggan. Katanya beliau telah mendapat sembilan tempahan daripada penduduk yang menunggang kenderaan berkenaan di kawasan kampung. "Bagaimanapun, saya hanya melakukannya pada waktu terluang dan minat mendalam mengenai barangan berkaitan mekanikal juga menjadi pendorong untuk membina motosikal ini," katanya.- Bernama

Selasa, 24 Januari 2012

CUCUR MENIRAM,SAGON BAKAR & SAGON SERBUK TRADISIONAL HASSAN OMAR IP0141653-W: produk KELUARAN BARU dari KAMI....

CUCUR MENIRAM,SAGON BAKAR & SAGON SERBUK TRADISIONAL HASSAN OMAR IP0141653-W: produk KELUARAN BARU dari KAMI....: RESEPI SEJAK ZAMAN SILAM........Sagon bakar dan sagon serbuk yang menjadi makanan ringan pada zaman dahulu telah muncul di pasaran anda sek...

Sabtu, 21 Januari 2012

Uhr fur homepage clock for blog




Gratisan Musik

waddepak: waddeCOOL - Motosikal Konsep Yang Cool

waddepak: waddeCOOL - Motosikal Konsep Yang Cool: Pernah tengok Tron Legacy?...Motor-motor ni kalau dapat kat mat rempit ni mahu 7 tiang diorang wheelie..hahha..kalau boleh wheelie la..tapi ...

Khamis, 19 Januari 2012

null

null

Radio Fly.fm

ve-radio.blogspot.com/2010/10/radio-flyfm.html">Radio Fly.fm

Selasa, 17 Januari 2012

http://www.malaysianbikers.com.my/forum/index.php/board,13.0.html

Motosikal berkuasa tinggi Honda CBR250R mulai di pasaran Malaysia pada Mac ini by MEDIA on FEBRUARY 21, 2011 Motosikal berkuasa tinggi yang hebat diperkatakan kini, Honda CBR250R bakal di pasaran Malaysia mulai Mac ini apabila pelancarannya disempurnakan oleh Pengarah Boon Siew Honda, Shoichi Harada pada Majlis Pelancaran dan Pandu Uji jentera tersebut di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Honda CBR250R dijana dengan enjin CS250RE, sistem penyejukan cecair 4 lejang DOHC dan 1 silinder. Rekaan barunya tampil lebih aerodinamik dengan lampu hadapan dan belakang terbaru. Ianya juga hadir dengan panel meter digital yang lebih futuristik. CBR250R turut dikenali sebagai MC41 itu menawarkan keselesaan, kelajuan serta pada harga mampu milik. Penggunaan enjin menepati sistem piawaian emisi Euro 3, menggunakan sistem minyak teknologi Honda yang terkenal iaitu PGM-FI, serta sensor 02 dengan catalyzer di dalam ekzos. Versi Standard menampilkan 3 pilihan warna iaitu merah, kelabu dan hitam, manakala versi ABS hanya datang dengan pilihan warna meran dan kelabu serta 4Kg lebih berat dari Standard (165Kg). Menurut Boon Siew Honda, model ini merupakan model gantian CBR150R yang bakal dihentikan keluarannya di pasaran Malaysia, dan dijangka sebanyak 200 unit CBR250R bakal terjual tahun ini. Honda CBR250R memiliki kelasnya yang tersendiri dalam hati penunggang motosikal. Honda CBR250R hadir dalam dua versi iaitu CBR250R standard pada harga RM18,799 seunit dan CBR250R ABS pada harga RM21,799 seunit. Gambar penuh model motosikal Honda CBR250R selepas ini. Tagged as: Bakal, Berat, Boon Siew Honda, Catalyzer, Cbr150r, CBR250R, Dijana, Emisi, Euro 3, Hadir, Harada, Hebat, Honda Cbr250r, Honda Model, Mampu, Motosikal, Motosikal Honda, Mulai, Panel Meter, Pgm, Piawaian, Serta, Terkenal

tv free....

https://www.facebook.com/asyikTV?sk=app_190322544333196

Khamis, 15 Disember 2011

impian anak jalanan

Lyrics to Impian Anak Jalanan:
Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana

Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa

Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup

Ku tinggalkan kampung halaman
Lyrics www.allthelyrics.com/lyrics/mnasir/ 
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga ku diberi pedoman 

Rabu, 23 November 2011

ENJIN BARU PROTON

KENDERAAN DAN ENJIN
Enjin Baru Proton Siap Pada 2011
NORWIRCH (United Kingdom), 2 Okt (Bernama) — Proton Holdings Bhd menjangka enjin menggunakan alat pemampat tekanan kilas tinggi baru, enjin Berprestasi Lebih Tinggi Proton, akan siap pada 2011. Pengarah bahagian kejuruteraan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, Ir Tajul Zahari Abu Bakar berkata enjin berkenaan dibangunkan dengan kerjasama Proton dan Lotus Engineering, dengan penglibatan aktif jurutera dan vendor Malaysia.
“Daripada pelbagai bahagian unit atau bahagian khas enjin, 50 peratus komponen secara asasnya dibekalkan dan dimajukan bersama-sama dengan pembekal Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia pada taklimat media mengenai enjin berkenaan di sini pada Khamis. “Ini merupakan aktiviti penting kerana objektif pembangunan enjin ini pada dasarnya untuk menambah baik enjin serta pemindahan teknologi untuk Proton serta pembekal Malaysia,” jelas beliau sambil menambah bahawa kira-kira 70 jurutera terlibat dalam pembangunan enjin.
Tajul Zahari berkata enjin baru itu mempunyai kapasiti 1,600 cc dan prestasinya bersamaan dengan enjin 2,000 cc. Engin berkenaan menjanjikan pemanduan hebat dengan ekonomi, prestasi dan pelepasan asap yang dipertingkatkan, katanya. Beliau berkata enjin berkenaan yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini telah diuji dalam semua keadaan cuaca dan ia sesuai untuk sebarang gred bahan api termasuk RON 95 dan RON 97.
Tajul Zahari berkata enjin itu juga akan digunakan untuk model kereta masa depan Proton serta untuk pasaran eksport. “Selain menghasilkan pelbagai paras pelepasan asap serta perundangan untuk pelbagai pasaran, enjin ini juga direka bentuk bagi memastikan ia mempunyai penyenggaraan rendah serta kemampuan perkhidmatan yang lebih baik. Ini penting untuk menjadikan kos pemilikan kepada pelanggan akan lebih rendah,” katanya.
Sumber dari BERNAMA